Abu Ubaidah al-Jarrah
"Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah ! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu adalah orang-orang yang berjaya."
Dikatakan bahawa : Salah seorang sahabat telah menjelaskan perwatakan Abu ‘Ubaidah ini ; “Tiga lelaki Quraisy yang paling berseri wajah, paling baik akhlak dan paling teguh sifat malunya; Jika mereka berkata kepadamu, mereka tidak berdusta. Jika kamu berkata kepada mereka, mereka tidak akan mendustakannya. Mereka adalah Abu Bakar, ‘Uthman bin ‘Affan dan Abu ‘Ubaidah bin al-Jarrah”. Hal ini diperkatakan oleh ‘Abdullah bin ‘Umar.
kenapa tajuk saya macam tu?
Walaupun Abu ‘Ubaidah menghadapi pelbagai dugaan di Makkah, namun boleh dikatakan dugaan paling besar dihadapinya adalah ketika perang Badar dimana dugaan ini benar-benar malampaui jangkaan dan khayalannya.
Ketika peperangan itu, Abu ‘Ubaidah menyerang musuh dengan begitu hebat sekali dengan perwatakan pahlawan yang tidak takutkan mati. Perwatakan beliau telah menggerunkan tentera Musyrikin sehingga mengebabkan tentera berkuda mereka berwaspada apabila bertembung dengan beliau dan cuba mengelak daripada bertempur dengannya.
Dalam bilangan tentera Quraisy yang ramai itu, ada seorang yang benar-benar ingin bertempur dengan Abu ‘Ubaidah. Dalam keadaan ini, Abu ‘Ubaidah pula yang cuba mengelak daripada bertempur dengan lelaki Quraisy tersebut. Setiap serangan oleh lelaki itu, Abu ‘Ubaidah mengelak dengan segera. Lelaki itu tidak berputus asa dan dia menyekat jalan Abu ‘Ubaidah dengan menghunuskan pedang kearah Abu ‘Ubaidah.
Kali ini tiada pilihan bagi Abu ‘Ubaidah untuk mengelak. Dalam keadaan terpaksa, dia menetak lelaki tersebut dan membuatkan badan lelaki itu tersungkur ke bumi. Lelaki yang jatuh menyembah bumi itu adalah ‘Abdullah bin al-Jarrah, ayah kepada Abu ‘Ubaidah.
Menarikkan cerita beliau ?
LAGI ???
Kita semua tahu pada awal peperangan Uhud umat islam ‘tewas’ akibat tidak mendengar arahan daripada Rasulullah. Tentera Musyrikin semakin mengganas dan juru laung mereka berteriak “Tunjukkan saya mana Muhammad!!! Tunjukkan saya mana Muhammad!!!”
Pada saat itu, Abu ‘Ubaidah salah seorang sahabat yang melindungi Rasulullah. Mereka mempertahankan Nabi seolah-oleh dada dan tubuh mereka menjadi tembok dan banteng penghalang panah dan tombak musuh.
Apabila peperangan tamat, gigi kacip Rasulullah patah, kulit dahinya terkoyak dan dua mata rantai baju perisai Baginda terbenam di pipinya. Abu Bakar datang untuk mencabutnya namun Abu ‘Ubaidah berkata “Saya bersumpah kepadamu, biarlah saya yang mencabutnya.”
Lalu Abu Bakar berundur. Abu ‘Ubaidah bimbang jika dicabutnya mata rantai itu dengan tangan ia akan menyakitkan Rasulullah. Lalu beliau mencabutnya dengan gigi kacipnya. Beliau menggigit kuat mata rantai yang pertama dan mencabutnya dengan perlahan sehingga mata rantai itu tercabut dan mengakibatkan giginya lerai ke bumi. Abu ‘Ubaidah melakukan perkara yang sama untuk mencabut mata rantai yang kedua dan sekali lagi gigi kacipnya terlerai jatuh ke bumi.
Abu Bakar berkata “Abu ‘Ubaidah merupakan manusia rongak paling baik”
>>TENGOKLAH BELIAU, CONTOHILAH BELIAU<<

Comments
Post a Comment