Mental Illness

[disklaimer : cerita sebenar yang mungkin tak pernah terjadi pun dan nama adalah rekaan semata.]

Sejak kebelakangan ini, banyak artikel tentang masalah mental terutamanya sekitar isu kemurungan yang kritikal. Kemurungan atau depression ini kadangkala tidak disedari kehadirannya oleh tuan punya badan. Sama seperti apa yang terjadi pada K (bukan nama sebenar).


Peristiwa 1

Satu hari, K sedang berbalas mesej dengan seorang sahabat dan kemudiannya mereka berselisih pendapat. Pertengkaran yang berlaku antara mereka membuatkan K merasa sangat-sangat marah pada dirinya sendiri. Dalam keadaan marah itu, K terlihat gunting yang terletak di depan matanya. Perlahan-lahan K mencapai gunting tersebut dan menggenggamnya erat. Sejenak K berteleku memandang gunting di tangannya. Gunting itu dilalukan di pergelangan tangannya, sakit tetapi K puas. Namun, kecederaan ini tidak berlaku melainkan hanya dalam imaginasi K sahaja. K masih waras, tidak akan membunuh dirinya sendiri.

Peristiwa 2

Di suatu hari yang indah, cuaca cantik dan semua orang gembira. K pun begitu pada asalnya sebelum dia terlihat suatu kawasan yang sangat cantik. Dia menghala ke kawasan itu, berseorangan. Mulalah K hanyut dalam dunianya. Fikirannya memanggil semula memori-memori pahit yang berlaku dan semua itu tersiar di mindanya. Cukup jelas. Ketika itu, K bersama kumpulannya sedang ber-camping di tepi pantai. K duduk di pohon kayu yang sudah tersadai di tepi pantai itu, melayan kesedihannya. Pantai itu kurang sesuai untuk berkaki ayam kerana serpih-serpih kaca yang bersepah-sepah. Tanpa sedar (atau sebenarnya dia sedar je), K melucutkan kasutnya dan mula berjalan di kawasan berkaca itu. K mengharapkan akan ada kaca yang akan menusuk ke dalam kakinya. Malangnya, itu tidak juga berlaku walau K telah sengaja memijak serpihan kaca-kaca itu

Peristiwa 3

Seperti penggemar siri Korea yang lain, setelah penat mengulangkaji pelajaran, K meluangkan sedikit masanya untuk menonton drama. Cuma pada hari itu, K sedikit pelik. Dia menonton variety show yang pada asalnya, tidaklah menjadi kegemaran K. Program yang ditontonnya merupakan cerita kelakar, tetapi K menangis. Sungguh-sungguh menangis. Yang menambahkan kepelikan, selang beberapa saat, K ketawa terbahak-bahak sampai keluar air mata.

Peristiwa-peristiwa seperti ini bukan sesuatu yang baharu pada K. Dan K sedar tentang ini. Sebab tu K suka berjumpa orang dan keluar ke tempat awam yang ramai orang sebab dengan itu, K mampu mengawal perasaannya.

Dan kebiasaannya juga, tiada siapa yang menyedari episodes yang berlaku pada K.

Selain daripada penyebarluasan maklumat tentang mental illness ni - yang kita perlu ambil tahu - kita juga perlu menjadi lebih perihatin dengan orang yang di sekeliling kita. Kurang berbahaya jika si tuan punya diri menyedari keadaannya dan mampu mengawal dirinya, tetapi jika tidak? Mungkin kejadian-kejadian yang tidak terjadi dalam peristiwa-peristiwa di atas, akan berlaku.

Seruan : let's check our mental condition frequently and talk to somebody from time to time. let's be a friend who can be a place to rant out all one's worries.

Beberapa link yang mungkin berguna :
https://www.psychologytoday.com/tests/health/depression-test
https://www.psycom.net/depression-test/

nurfarahhazwaniawaluddin
muawiyyah 10042017 15:21
i'm fine, thank you :D

Comments

Popular Posts