remeh nye soal aurat !



First. Asal xpakai tudung yang baru beli tu?

'baju-baju aku semua ketat. Takkan tetiba nak pakai baju ketat dgn tudung bidang 60 kot. Tak kena'

Second. Kenapa mung beli baju ketat2 ?

'dah tu memang saiz aku'

Third. Do you think baju yang ketat kat hangpa tu saiz hangpa ka ?

'tak pe la. Nanti bila aku nak beli baju baru, aku cari yg besar2'

Tak salah kalau aku kata, semua ni alasan je.




Definisi baju saiz anda tu kena betul kan balik laa. Kriteria yang menunjukkan baju tu saiz anda : longgar + labuh.
Kadangkala kita ni penuh dgn alasan. Alasan tak sudah.


antara alasan yang FEMES  laa kononnye :


1. walau dedah aurat, maruah diri masih dijaga dan tak buat perkara2 yang tak senonoh.

"Janganlah nilai orang dari luarannya. Don't judge a book by its cover !"
"walaupun aku pakai tudung tak tutup dada, aku masih jaga solat dan perangai aku."

apakah dengan mendakwa anda punya hati yang suci, iman yang menebal, dan kononnya laa merasa sudah mampu menjaga maruah diri walaupun tak tutup aurat ? tapi !! anda cukup yakin ke, ajnabi-ajnabi yang melirikkan pandangan pada anda tu, mempunyai hati yang suci dan iman yang setinggi anda



langsung tak goyah-kah nafsu serakah mereka ?
anda perlu faham, tutup aurat ni bukan semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah wanita tu sendiri  tapi maslahat yang lagi besar; menjaga maruah masyarakat sekeliling kita agar tak terfitnah disebabkan pendedahan aurat itu.

2. perempuan yang tak bertudung lagi baik dari yang bertudung? #ehh

"Alaa ~ perempuan yang bertudung tu lagi teruk laa"
"Siapa kata orang yang tak pakai tudung semua jahat ?"

wahai sayang-2 ku sekalian, 
anda sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah-kah?
(dalam konteks menutup aurat)
bangun !! bangun dari mimpi indah anda itu !!
anda cuma perasan. perasan anda itu lebih baik dari mereka pabila anda berani berkata sedemikian sedangkan aurat anda ter-tayang.



Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. ....tidak mahu hipokrit bila bertudung...

"Bertudung nim kena ikhlas dehh.."
"Aku nak bila aku berubah tu sebab aku sendiri yang nak, bukan disuruh."
"Buat ape pakai tudung kalau hati tak betul."

Allah swt dan Rasul-Nya seluruh wanita muslimah WAJIB menutup aurat tanpa mengira ikhlas atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua suruhan serta larangan dalam Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak.

Kalau ikhlas yang menjadi alasannya, maka ramailah yg diluar sana tidak solat 5 waktu kerana sukar mencapai ikhlas yg ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, dia tetap memperoleh ganjaran sekadar ikhlasnya.Di sini, dia hanya ber-dosa sekali kerana ketidak-ikhlasannya kerana tidak melakukannya dgn ikhlas tapi dia terhindar dari dosa tidak melakukan sesuatu yang wajib baginya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS , TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikan dia berdosa pada Allah secara zahir dan spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI !



Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki

4. menunggu that so-called seru  untuk bertudung *gosok dagu*

"Biarlah ia datang sendiri, bukan disuruh orang lain. Bila tiba masa, In syaa Allah saya akan bertudung."
"Aku tahu hari tu akan tiba tapi bukan sekarang"
"In syaa Allah, bila saya sudah berkahwin barulah saya bersedia"


Jika bukan sekarang, maka adakah bila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah?
Sedarlah wahai diri, maut tu datangnya tidak berjemput dan tidak pula dikhabari kedatangannya.

ANYTIME, ANYWHERE.
PESANAN IKHLAS DARI PENAJA
SYURGA ATAU NERAKA, YOU CHOOSE.
NO ONE BUT YOU.
SEMOGA SUKSES SELALU
>.<

MY LITTLE HAND PIECES
MOGA BERMANFAAT
18032013 - 6 JAMADIL AWWAL 1434H
23:37 GMT+1.00
BESANCON,FRANCE




Comments

Popular Posts