setia hujung nyawa: masihkah aku diperlukan?


aku tak pernah hiraukan dia
dari dulu lagi
a few month ago, baru aku sedar
dia masih setia tunggu aku
menunggu hati aku

dia selalu ada dengan aku
tak kira masa senang aku
mahupun masa susah aku
dia sentiasa ada
membisikkan kata-kata semangat
menegur kala aku tersasar

dia sentiasa setia menunggu aku
tapi aku terlalu sibuk
sibuk mencari cinta lain
ape yang aku perasan
tak ada cinta yang sehebat cinta dia

tak ada yang sesabar dia
tak ada yang sesetia dia
tak ada yang penyayang sepertinya
tak ada yang pemurah sepertinya

aku baru sedar semua itu
kerana itu ku tinggalkan cinta yang ku cari
ku mula berpaling padanya
menumpukan perhatian ku padanya

namun,
aku mula bertanya
masihkah dia setia
masihkah dia sayang
masihkan dia perhati?

jawapan darinya:



Alhamdulillah
sekarang aku tak lagi memandang cinta duniawi
kerana aku punya dia
hati aku milik dia
jasad aku milik dia
semua yang aku ada saat ni milik dia

TIADA YANG LAIN MELAINKAN ALLAH S.W.T

cinta abadi
cinta sejati
cinta yang kekal sampai mati
I LOVE YOU, ALLAH

Comments

Post a Comment

Popular Posts