Al-Quran: travelog sang musafir


"Yang menciptakan langit tujuh langit berlapis-lapis. Tidak akan kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pengasih. Maka lihatlah sekali lagi, adakah kamu lihat sesuatu yang cacat." [67:3]

"Kemudian ulangi pandangan(mu) sekali lagi (dan) sekali lagi, niscaya pandanganmu akan kembali kepadamu tanpa menemukan cacat dan ia (pandanganmu) dalam keadaan letih." [67:4]

Lac Monteynard, Avegnot

Mula-mula ana sampai sini, berair mata. Subhanallah. Itu je mampu diulang-ulang dalam hati. Ciptaan Allah yang sangat menakjubkan.
Tiada istilah kebetulan dalam kehidupan ni, kan?
So, ditakdirkan ana ke sini bersama seorang akak geologist.
Memang sangat kagum dengan beliau.
Sebab akak tu ada lensa lain yang membantu dia melihat suatu ciptaan Allah tu.
Macam mana batu-batu tu boleh jadi macam tu.
Berbeza kalau kita ke sini dengan seorang doktor, seorang mechanical engineer, atau seorang pelajar maritim.


Passerelle de l'Ebron, Lac Monteynard

Okay
Jujur, ana gayat sangat
Tapi atas ni jugak laa ana berfikir
Dari sudut seorang bakal guru bahasa,
seorang engineer yang mungkin bertanggungjawab atas pembinaannya,
geologist ?,
dan juga seorang 'Abdullah'



Kenapa ana kata, 'Abdullah' ?
Hamba Allah?

Ana terfikir,
mungkin Allah nak ana sedar,
yang Dia berkuasa,
berkuasa mencipta segala sesuatu !
Secantik-cantik alam !

Sungguh,
Allah tak menciptakan sesuatu sia-sia
melainkan untuk memberi pengajaran kepada kita,
hamba-hamba-Nya

"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;"[3:190]
"(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
[3:191]

agar mata hati kita ini terbuka luas
melihat segala ciptaan-Nya
yang indah2 belaka

Dalam musafir ini juga,
aku ditemani lagi 2 orang sisters from UK
seorang daripadanya,
Alhamdulillah telah graduate,
ada berkata kepada kami,

"Ciptaan Allah ni, walau kita tengok selalu pun, takkan bosan kan?"

Allahu akbar
Sungguh aku cinta untuk mendampingi orang-orang sebegini
yang sentiasa menyedarkan diri yang kadang-kala lalai

Wallahualam

Nur Farah Hazwani Awaluddin
Kamar Beradu
Besancon,, France
16072013 0218

Comments

Popular Posts