Dosa dan Taubat : apakah tiada penghujung?
Dosa . Taubat.
Kerana tiada siapa tahu,
A reminder to myself, especially
Dosa
Taubat
Dosa
Taubat...
Ada yang mengatakan,
bertaubat seribu kalipun,
masih melakukan dosa.
Apa gunanya taubat?
Ada yang mengatakan,
berbuat dosa seribu kali,
taubat sekalipun tidak pernah dibuat.
Apa gunanya taubat?
Ayat yang sama, namun intonasi yang berbeza.
Masih juga dengan hadaf yang sama.
Bukankah pintu taubat itu terbuka sentiasa?
Sehingga nyawa berpisah dari jasad.
Sehingga benar-benar berlakunya kiamat.
Kita manusia,
sememangnya pendosa.
Tiada siapa yang terlepas,
melainkan para Nabi utusan Allah.
Valid untuk kedua-dua situations.
Bukan kerja pendosa untuk mengira dosa pendosa lain.
Namun, jangan jadikan itu alasan,
alasan untuk melakukan dosa berterusan.
Bertaubatlah.
Bertaubatlah.
Beramallah anda seperti esok itu pengakhiran anda.
bilakah expired date anda,
melainkan Dia Yang Maha Mengetahui.
A reminder to myself, especially
Bintu Allahyarham Awaluddin & Siti Haidah
(Al-Fatihah for my beloved father)
Darul Aliyah,
Besancon, France
18:25 23/09/2013


Comments
Post a Comment