manifestasi hamba


Huruf demi huruf,
Ayat demi ayat,
Lembaran demi lembaran.


Tiada satu saat pun,
Aku tidak menjumpai kasih Tuhanku,

Terasa sentiasa dakapan kasih-Nya,
Cuma terkadang, aku leka !

Wahai Penguasa langit dan bumi,
Pemilik dan Pencipta semesta alam !
Alangkah besarnya nikmat yang Dikau beri,
tetapi, celakanya aku, celakanya aku !!
kerana menzalimi diri aku sendiri...

Al-Quran itu di depan mata kami,
di dalam tangan kami,
di dalam hati-hati kami.
Tapi aku terang-terangan,
telah mengabaikan petunjuk-Mu Ilahi.

Mengatakan aku tahu aku faham,
Tapi tiada bezanya aku dan mereka,
Mengatakan itu dan ini,
Tetapi tiada istiqamah ketika amali.

Punya teman ribu-ribuan,
Tapi siapa yang telah aku ingatkan?
Punya sahabat ratus-ratusan,
Tapi siapa yang telah aku ajak?

Wahai Rabb !
Ketahuilah, kami mencintaiMu
Janganlah Kau palingkan hati-hati kami,
Setelah kau beri hidayah kepada kami.

Ya Malik !
Jauhkanlah kami dari neraka-Mu,
Sungguh kami terlalu gentar akan azab-Mu...

Ku mendongak ke langit kelabu,
Seketika, aku disapa angin pilu,
Terdengar seketika esak tangisku,
Biarkan aku dan Tuhanku sahaja tahu.
























moga Allah redha

bintu Awaluddin wa Siti Haidah
10 Muharram 1435H 00:30
Besancon, France
<<Sungguh, hidupku dan matiku,
hanya kerana-Nya>>




sebarang khilaf mohon ditegur segera
totally rant personal
"AKU"

Comments

Popular Posts