내 첫 사랑 [Nae choes sarang]

Malam telah melabuhkan tirainya time aku melangkah keluar dari library itu. Hujan rintik-rintik. Payung pun lupa nak bawak. Aku merenung jauh ke dalam titisan-titisan hujan itu sambil menunggu ia berhenti. Sejuk makin lama makin mencengkam diri. Aku menarik sweater membalut diri. Masih berharap hujan kan cepat berhenti.

Suasana makin sunyi. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Lewat dan tiada tanda-tanda yang hujan akan berhenti malam ni. Baju pun mula lencun terkena tempias hujan. Kena redah jela ni jawabnya. Aku baru membuka langkah apabila ada payung yang melindungi aku. Aku menoleh. Dia dan senyumannya. Terpaku aku beberapa saat disitu.

Mata kami bertentangan. Tiada siapa yang melarikan pandangan buat beberapa ketika itu sebelum aku menjatuhkan pandangan dan ketawa kecil pecah dari hujung bibirku. Aku kembali menoleh ke hadapan dan menyambung langkah yang terhenti tadi. Meskipun bayang susuk pemegang payung itu masih kelihatan dari hujung mata sedang memayungi aku, titsan air hujan yang menimpa kepala membuatkan aku terus berjalan.

Hujung bibir yang tadinya memecahkan ketawa, kini hujung mata yang mengeluarkan air mata. Jari tangkas menyeka sebelum sempat ia menyentuh pipi. This is the last tears you'll shed, Johanna. Student hall dah mula kelihatan. Langkah diatur makin laju. Tak ingin terus ditimpa hujan.

Sesampainya aku di lobi, aku mengibas perlahan skirt labuh yang aku pakai, menepuk-nepuk perlahan tudung yang lencun dek hujan tadi. Masih kelihatan bayang si dia lagi. Aku kembali menegakkan badan. Tarik nafas, senyum sikit. Aku menuju ke arah bilikku.

Pintu bilik aku buka, melangkah masuk, meletakkan kasut di rak, mencapai towel. Selesai mengganti pakaian, aku merebahkan badan. Kepala mula terasa berat. Kesan hujan tadi mungkin. Mata kupejam dengan harapan kantuk kan kunjung tiba.

Dalam kemamaian itu, terdengar bunyi senduk berlaga dengan periuk di dapur kecil blik aku. Kepala masih lagi berat. Terhidu bau bubur yang semerbak memenuhi ruang bilik. Bau bubur yang sangat aku kenali. Sekali lagi, tanpa sedar, ketawa kecil itu pecah lagi. Aku buka mata dan lekas bangkit.

"Abang?", perlahan, seperti berbisik kepada diriku sendiri. Cuba bangun dari segala mimpi dan angan-angan.

Si dia yang berperang di dapur, menoleh. Senyum palsu yang jelas kepalsuannya kutampal di wajahku.

"Assalamualaikum, Johanna. Anak dara apa bangun lambat ni. Subuh gajah dah ni...", bebelan si Johan ni, sampai subuh esok tak habis. Aku cepat-cepat bangkit dari katil, menuju ke bilik air, ingin mengambil wudhu'.

Usai solat, aku lihat si abang sulung, Johan, sibuk menghadap komputer ribanya. Bukan senang abang aku sorang ni nak tinggal kerja dia kat Malaysia tu. Itupun masih sempat lagi nak berfoya-foya kat sini. Macam aku tak tahu yang dia kat sini sebab risaukan aku. Perasan yang aku telah selesai solat, dia berhenti dari melakukan kerjanya.

"Let's eat, Anna", ujarnya sambil mengalihkan segala paperwork-nya yang berterabur di atas meja itu.

"Bila Along datang bilik orang ni?", tanya aku sambil menyuap sesudu bubur ke mulut.

"I actually followed you last night", bubur yang baru sahaja sampai di tekak, terasa sangat susah untuk ditelan, "kenapa you redah hujan and tak tunggu hujan berhenti dulu?", Along bertanya.

"Penat. Malas nak tunggu", jawab aku ringkas. Bubur di tekak aku paksa telan.

"Macam mana Along nak tinggal you sorang-sorang kat sini ni? Along tak rasa you akan bagi tahu baba, mama dan Along yang you sakit kat sini punya, kalau Along tak ada kat sini. Kan?", Along, selamanya Along. Aku hanya tersenyum sumbing.

"Anna, let go of the past la. It's time to move on. Tak elok you terus bermuram macam ni. You buat dua-dua keluarga risaukan you", Along menutur perlahan sambil membolak-balikkan bubur yang di dalam mangkuknya.

"I'm okay laa, Along", itu je jawapan yang aku mampu bagi sejak dari "hari" itu.

"Along tahu you tak okay. Along tahu tak senang untuk you lupakan semua sekelip mata. Tapi at least, cuba terima kenyataan yang Ariff dah takda".

Mata aku terus mencerun memandang Along, seolah-olah boleh menembusi tubuhnya dan membunuhnya.

"Drop.The.Subject", aku menuturkan sepatah-sepatah. Darah terasa menggelegak tiba-tiba. Marah bila Along tiba-tiba mengingatkan aku tentang itu tanpa amaran. Not yet, not yet, Along.

"You can take your whole life to remember him, but you have to accept the fact", Along bangun memeluk aku, mengusap perlahan belakang aku sebelum keluar dari bilikku. Air mata hangat mengalir laju, esakan mula terdengar.

Di sudut tepi katil aku, sekeping gambar di hari pernikahan aku, aku tatap lama.

"Abang, 그리웠어요", tangisan rinduku kembali bergema.

nurfarahhazwani
150412014 00:30
Teratak Kasih Hazwani
...maybe akan bersambung...

Comments

Popular Posts