pensil yang patah

aku cemburu.
cemburu dengan APG, Afq Sazlan,
kerana kepetahan mereka,
yang banyak menyentuh hati-hati,
dengan izin-Nya.

mungkin kerana dahulu,
aku menulis tanpa garisan.
menulis tanpa perlu berfikir,
patut ke aku tulis macam ni?
dan sebagainya.

tapi kini,
aku ibarat anak kecil yang patah mata pensilnya,
terpinga-pinga memikir,
bagaimana seharusnya aku teruskan?


tapi aku sedar,
yang aku tidak semestinya perlu bertukar
dari sebatang pensil 2B kepada pensil warna LUNA.
cukup sekadar mengasahnya kembali,
bezanya kali ini,
aku perlu tahu cara yang betul
agar takkan terpatah lagi pensil itu.

bukan mudah.
tapi itu bukan alasan untuk tak berubah.

Allahu yusahhil :)

nurfarahhazwani
08052014 23:05

Comments

Post a Comment

Popular Posts