kenapa Arab dan bukan yang lain?
assalamualaikum
moga kita sentiasa di bawah lindungan Allah hendaknya.
Dalam menulusuri sirah nabawiyyah, satu persoalan dinaikkan. Kenapa bangsa Arab yang menjadi pilihan untuk diturunkan utusan Allah yang lain? Kenapa bukan pada bangsa Parsi atau Romawi yang namanya dikenali dunia pada waktu itu? Kenapa juga bukan Greek dan India yang tak kurang hebat di zaman itu? Apakah keistimewaan mereka (bangsa Arab) ?
![]() |
| credit to : http://pixshark.com/ancient-roman-empire-map-in-english.htm |
Pada masa itu, agama dan falsafah yang bermacam-macam menjadikan Parsi huru-hara. Pembesar dan pemerintah masa itu, menganut agama Majusi yang menghalalkan perkahwinan lelaki berkahwin dengan ibunya atau mana-mana saudara perempuannya. Pada zaman itu juga, wanita mempunyai kebebasan tanpa had, boleh dikongsi tanpa sekatan seperti harta benda. Dari kalangan mereka yang berhaluan sedemikian, seruan ini mendapatkan sambutan yang hangat.
Di Romawi pula, mereka bergantung pada kekuatan tentera mereka dan cita-cita mereka utnuk menjajah dalam usaha untuk memodenisasikan agama Kristian untuk memenuhi cita-cita dan kemahuan mereka. Dalam jiwa mereka, berkobar-kobar untuk bergelut dalam persengketaan agama denagn pihak Kristian Syam dan Mesir. Kehidupan mereka lebih kucar-kacir dari Parsi kerana mereka hidup dalam kemewahan yang diperoleh dari pemerasan terhadap rakyat dan kemerosostan ekonomi. Cukai yang melambung tinggi sudah menjadi norma dalam hidup mereka.
Parsi begitu dan Romawi pula begitu. Satu lagi empayar yang tak kurang hebat adalah Greek tua, yang didodoikan dengan khurafat dan dongeng yang langsung tidak membawa faedah.
India pula, tersungkur tak terbangun dalam kemerosotan akhlak dan kemasyarakatan. Kemajuan dan tamadun materialistik mejerumuskan mereka ke dalam lembah ini.
Bagaimana pula dengan semenanjung Arab pada tika itu?
Tenang, jauh, terpencil dari kehuru-haraan yang terjadi pada kerajaan-kerajaan tadi. Hidup mereka tak pernah dalam kemewahan yang boleh membawa mereka ke arah kemerosotan akhlak. Dalam kalangan mereka juga tidak ada falsafah atau ideologi yang beraneka yang boleh menjadikan mereka mangsa dongengan dan khurafat.
Mereka "remain untouched", seolah-olah manusia yang bersih, mempunyai kemahuan dalam pembinaan manusia yang terpuji (amanah, pemurah, suka menolong, dan bencikan kezaliman). Cuma kebanyakan mereka sesat untuk sampai ke arah kemanusiaan yang sebenarnya sehingga membunuh anak perempuan kerana ingin menjaga maruah. Mereka hanya perlukan cahaya untuk menyinari jalan kemanusiaan yang sebenar.
Seperti firman Allah s.w.t, 2:198 :
"...sekalipun sebelumnya kamu benar-benar termasuk orang yang tidak tahu."
Ayat ini menegaskan keuzuran dan kemaafan untuk mereka kerana bangsa-bangsa lain menggunakan tamadun dan kemajuan sebagai alat ke arah kerosakan sedang mereka sedar.
Kedudukan semenanjung Arab secara geografinya adalah di tengah-tengah bangsa-bangsa tersebut.
Antara hikmah perutusan Nabi-Nya di semenanjung Arab:
"Dialah (Allah) yang telah mengutuskan di kelompok buta huruf seorang utusan daripada kalangan mereka (untuk) menyampaikan kepada mereka ayat-ayatNya dan menjauhkan mereka dari syirik dan mengajarkan mereka kitab-kitab dan hikmat, dan sesungguhnya mereka itu dahulunya dalma kesesatan yang amat sangat." [Al-Jumuah 62:2]
Hikmat Allah mengutuskan Rasulullah yang buat huruf dalam kalangan mereka yang buat huruf adalah untuk membuktikan yang mereka tak pernah diracuni oleh mana-mana falsafah, pemikiran yang berserabut.
Hikmah lainnya adalah untuk mengelakkan syak wasangka yang mungkin hadir apakah Rasulullah ini boleh membaca dan mempelajari kitab-kitab sejarah manusia purba dan tamadun negara di sekitar.
Semenanjung Arab juga dipilih kerana di situ terdapatnya Baitul Haram, di mana seruan pertama agama Islam dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Di sini, seruan Nabi Ibrahim telah dilaksanakan dan rukun-rukun agama dipraktikkan.
Kedudukan semenanjung Arab yang di tengah-tengah pelbagai bangsamemudahkan penyebaran dakwah islamiyyah. Ini telah dibuktikan denagn melihat semula perjalanan dakwah pada mula sehinggalah zaman khulafa' ar-Rashidin.
Akhir sekali, bahasa Arab dipilih sebagai bahasa kalam Allah adalah kerana bahasa Arab mempunyai keistimewaan yang tidak terdapat pada bahasa lain.
Jazakallah khayr meluangkan masa membaca.
Semoga bermanfaat.
sumber: Raheeq Makhtum, Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy

nurfarahhazwani
Darul Aliyah
02/02/2015 14:12

Comments
Post a Comment