antara lemas dan al-'asr
assalamualaikum
after lama menyepi ni, tetiba rasa nak menulis
so here it is
part I : lemas
aku sedang enak dibuai mimpi indah; punya beach house yang aku idamkan, kereta yang aku inginkan dan keluarga yang aku dambakan. walhal, hakikatnya aku bermimpi di dasar lautan, tidak sedar yang masa semakin mencemburui aku. aku mulai sedar yang aku sedang lemas. namun aku menafikan hakikat itu kerana aku tahu, realiti untuk berenang ke permukaan itu sukar. aku tak pandai berenang. meskipun begitu, aku mengerah tulang empat kerat aku, melibas-libas tangan dan kaki aku, berharap agar aku timbul di permukaan. dan 'yeah', aku berjaya menghirup udara.
tapi itu tidak kekal lama, kerana di saat aku mula menghirup oksigen, aku tersedar ada rantai yang menjerut kaki aku. rantai itu menarik aku untuk ke bawah kembali. di hujung rantai itu, aku lihat, sahabatku sedang lena tidur. keadaannya amat serupa dengan aku. tidur, tidak sedar, hampir lemas.
di saat itu aku tahu yang aku perlu mengejutkannya. bukan senang, ya betul, bukan senang. tidak senang sama sekali. berpuluh kali aku kejut, berpuluh kali juga hanya 'ah, kacau betul-lah' yang keluar dari bibirnya. hampir aku hilang sabar. begitu pun, aku tabahkan hati dan dia pun terjaga. bersusah payah aku dan sahabatku itu berenang ke atas, maklumlah dua-dua pun 'noobers' dalam berenang ni. somehow, kami berjaya ke atas.
cliche, tapi ada rantai yang menjerut kaki sahabatku juga. maka, ceritanya berulang sebegitu rupa, tanpa ada penghujung yang nyata.
part II : al-'asr
before even telling the story of me drowning, I was asked by my beautiful ladies, apa kaitan between masa (al-'asr) dengan berpesan-pesan kepada kesabaran (in the very last part of the surah). you know, since we're kids, we listened to this song too often.
sampaikan kengkadang we recite it, soul-lessly. we put no meaning into it. sedangkan Said Qutb (kalau tak kenal, boleh tanya inche google) kata, walaupun surah ni pendek, tapi dalam surah ni lah dijelaskan tujuan hidup kita. why? we'll see in a second.
part III : lemas dan al-'asr
al-asr bermaksud masa, cuba bayangkan kita drowning unconciously = lemas tanpa sedar. adakah kita punya banyak masa? tentulah TIDAK. masa kita ni bak kata omputeh, time is running out = masa yang semakin suntuk, yang dalam bahasa arabnya disebut sebagai 'asr.
untuk selamat dari kelemasan ini, kita perlu bangun, wake up! itu adalah perkara pertama yang perlu kita buat bial kita sedar yang kita tengah lemas. sebab kalau kita masih enggan untuk bangun, siapa yang boleh dipersalahkan selain diri kita jika kita lemas? kenapa Allah cakap manusia tu dalam kerugian? sebab selalunya, kita bukan tak tahu, tapi menafikan. contoh paling senang untuk disebut tapi susah untuk diamalkan, : undang-undang Allah. kita tahu je patutnya kita kena guna undang-undang Allah, tapi kita masih menggunakan hukum manusia (yang menjadi punca mudarat). ehem.
selepas kita dah bangun, apa yang kita akan lakukan? berenang! walaupun kita tak pandai berenang, kita boleh gunakan segala muscles yang ada untuk berusaha. berenang ke permukaan ni pada kata mudahnya merubah kepada yang lebih baik. so walaupun kita mungkin tak tahu, tak cukup ilmu, tapi kita kena usaha. Allah lihat pada usaha!
analogi kita dirantai pada orang lain yang sedang tidur, tak lain tak bukan, seperti ayat ketiga surah ni, adalah untuk berpesan-pesan kepada kebenaran. yang ini bukan pilihan, malah dia adalah satu kewajiban (obligation). one of my beautiful ladies ada pernah tanya (ketika kami bertadabbur surah Fatir 39:7) : orang kafir yang tak tahu tentang Islam ni memang Allah tak nak ke kan? then, jawapan saya : kat situlah tanggungjawab kita. bukan orang lain, tapi kita. lagi-lagi students overseas yang sentiasa dikelilingi orang-orang yang sebenarnya curious je pasal Islam. kita je yang nak ke tak nak.
pada bahagian akhir surah ni, Allah ada berfirman untuk kita berpesan-pesan kepada kesabaran. seperti yang saya cakap sebelum ini, apa kaitan sabar dalam surah ni kan? macam dalam [part I] atas tadi, bukan senang kita nak bagi orang sedar realiti mereka yang sedang dalam kerugian ni. kita kena ulang benda yang sama berkali-kali. kat sini, terujilah sifat sabar kita tu. kat sini jugalah, fungsi kawan atau support system kita tu. to be there, nasihatkan kita.
sesuatu yang menarik dalam surah ni, Allah sebut 'wahai orang-orang yang beriman' dalam jama' (plural) nak menunjukkan yang dalam berdakwah (menyampaikan Islam) usaha individu sememangnya suatu kemestian, tetapi jangan dilupa bahawa beramai-ramai itu lebih kukuh. ada yang akan membangunkan kita, saat kita jatuh akibat lelah.
mungkin akan ada yang bertanya, kenapa kita perlu selamatkan orang ain juga. mudah sahaja. kerana menyelamatkan mereka adalah menyelamatkan diri anda sendiri. [rujuk part I perenggan 2] kerana apa yang terkandung dalam surah ini merupakan our survival kit kat dunia ni.
last but not least, tahukah anda bagaimana amalan membaca surah al-'asr bermula?
--> ada dua sahabat Rasulullah s.a.w, apabila mereka berjumpa, mereka tidak akan berpisah sehingga ada antara mereka yang membaca surah ni. mereka seolah-olah berjanji setia untuk sama-sama menjunjung perlembagaan Allah, beramal soleh dan bersabar.
rujukan:
1) tafsir fi zilalil Quran jilid 10, surah al-'asr
2) youtube ; al-asr by nouman ali khan
3) my beautiful ladies
semoga coretan panjang tapi tak seberapa ini
bermanfaat buat semua
wallahualam
nurfarahhazwani
03092015 00:15
Darul Aliyah is no longer exist
thinking about a new house's name

Comments
Post a Comment