Du'at yang Gugur
sejak kebalakangan ini,
isu ini menjadi suatu refleksi diri
melihatkan ramainya ikhwah wa akhawat yang gugur dari medan ini
terbenak di minda pelbagai soalan
kenapa?
mungkinkah kerana beban dakwah yang terasa berat?
atau salah sistem di mana-mana?
atau hanya kerana terasa komitmen itu susah?
entah la
aku bukannya tak pernah merasai mahunya untuk berundur
dari medan dakwah yang menuntut masa dan tenaga saban hari
penat yang tak terhingga
tapi bila aku memikirkan perlunya aku
menjadi golongan yang menolong agama Allah ini
aku tabahkan hati, terus mengejar keredhaan-Nya
bukan senang bekerja dengan manusia ini
ragam pelbagai yang memohon perhatian seperlunya
siapa aku untuk menolak jeritan batin mereka
yang meminta diselamatkan dari api neraka?
kalau tidak mereka yang meminta,
aku sendiri mahu kerana sayang dan cinta aku pada mereka
ingin ku bawa mereka semuanya ke syurga
kerja kita, dakwah kita
bukan sesuatu yang kalau kau buat separuh masa,
akan berjaya, bukan
bukan juga sesuatu yang kalau kau buat seorang
akan sukses, tidak !
kerja kita ini menuntut amal jama'ie
bekerjasama, meringankan beban antara kita
ya aku tahu
amal jama'ie juga bukan sesuatu yang mudah
mahu sejahtera dengan sesuatu keputusan
mahu menjaga perasaaan dari terguris
bersedia menerima teguran dan kadangkala kritikan
bukan mudah, itu aku cukup maklum
tapi sahabat teman yang aku kasihi
kembalilah pada tujuan kita yang utama
kembalilah pada Tuhan yang Maha Kuasa
betulkan niat kita bekerja untuk Dia
bukannya untuk manusia
kerja untuk manusia memang cepat lelah
belajarlah untuk bekerja kerana Dia
insyaa Allah semua kan terasa indah
kembalilah pada kalam-Nya
As-Saff 61 : 10 - 12
moga kita terus tsabat dalam menolong agama-Nya
hingga tiba masa yang dijanjikan

![]() |
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? | Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamuu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih naik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). | (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga 'Adn, Itulah kemenangan yang besar."
As-Saff 61 : 10 - 12
moga kita terus tsabat dalam menolong agama-Nya
hingga tiba masa yang dijanjikan
nurfarahhazwaniawaluddin
07102015 21:24
ansarullah = penolong Allah

Comments
Post a Comment