Meniti Kemanusiaan

assalamualaikum, long time no see.
I can't be more lame than this ^^

RDH2015 (perhimpunan musim sejuk) tahun ini banyak meninggalkan kesan dalam diri aku. Harapnya yang hadir dapat jugak apa yang aku dapat, sebab rasa sayang kalau empat hari yang kita luangkan bersama tak mampu memberi kesan pada diri.

RDH kali ini bertemakan kemanusiaan telah berkolaberasi dengan MyCARE telah dihadiri oleh Dr. Hafidzi dan Tn. Hj. Ibrahim. Macam laporan program laa pulak dah kan? Ok, pass! Saja nak kongsi puisi yang tak seberapa. Know that I only sketch and rarely betulkan balik what I am writing. Sebab rasa the first sketch is the most honest feeling. Kedua - plastik.

Meniti Kemanusiaan

Di mana kemanusiaan yang disebut-sebut?
Adakah ia tertelan-ditelan oleh kekejaman dunia?
Di mana suara yang mahu menegakkan kebenaran?
Apakah ia tenggelam di dasar obsesi dunia?

Kita saban kali merintih 'kesian kesian kesian'
Namun jarang sekali poket kita seluk menghulur bantuan
Jarang sekali kita berkongsi di mukabuku
Hanya kerana takut tidak mendapat sambutan

Manusia hidup di dunia yang konon di hujung jari
Masih terasa berat ingin menulis tentang mereka
Mereka yang ditindas di Palestin, Syria, Rohingya
Dunia memalingkan wajah, dan kita memekakkan telinga
Masih sibuk dengan berperang dengan papan kekunci
Sayangnya fikiran masih di kelas ketiga
Hanya caci maki menghiasi setiap bait bicara

Media dunia yang dikata menjadi punca
Tak sedar diri masih tidak keluar dari kepompong lama
Masih selesa hidup cukup diri sendiri gembira
Bila mahu buka mata?
Bila mahu buka telinga?
Kemanusiaan tak lahir dari si ibu bernama dunia !
Ia lahir dari diri kita, DIRI KITA !
Bukan sesiapa, bukan orang lain, tapi KITA !
Wahai manusia alpa...

Bangun dan bangkitlah dari dunia ciptaan kita
Kau dan aku masih punya kerja, kerja membuka mata
Mata kau, mata aku, dan mata semua
Agar kita melihat dunia dari kaca mata seorang hamba
Hamba Tuhan yang mencipta.

nurfarahhazwaniawaluddin
25/12/2015 23:29
dar al-farah

Comments

Popular Posts