aku vs aku

Disklaimer : aku seorang pelajar sains bahasa [tentu sekali, tentu sekali tak sama dengan pelajar bahasa], tahun dua di Besancon, France.

Banyak subjek-subjek dalam line study aku sekarang ni membangkitkan perihal penggunaan kata ganti diri. Saya/aku, awak/engkau, beliau/dia, kami/kita, kalian/"korang" dan mereka/"diorang". Menarik sebenarnya bila kita aplikasikan pembelajaran kita dalam bahasa lain ni untuk kenal bahasa ibu pertiwi sendiri. Ini mungkinlah tak dipersetujui oleh sasterawan-sasterawan negara; oleh itu, aku ingin beritahu sedari mula, aku meluahkan apa yang aku fikir dan apa yang aku perhati, pelajari dan fahami.

Dalam bahasa perancis, ada enam kata ganti diri (KGD) : "je", "tu", "il/elle", "nous", "vous" dan "ils/elles", yang punya maksud sama sahaja seperti yang bahasa melayu ada. Apa yang menarik kat sini adalah penggunaan "tu" yang sering kali orang katakan sebagai familier (bahasa tidak formal, boleh juga dikira bahasa pasar) kerana selalunya diguna untuk me-address orang yang sebaya, lebih muda dan yang telah kita kenal. Jika tidak, kami perlu menggunakan "vous" yang lebih sesuai digunakan apabila berbicara dengan orang yang kita tak kenal, lebih tua, lebih tinggi posisi dalam hierarkinya, etc. "Je" mereka pula boleh diguna di mana-mana, pada bila-bila masa. Tiada beza seperti "saya" dan "aku" - ya, aku tahu pernyataan ini kurang tepat.

Selalu juga ditanya oleh guru-guruku di sini yang sentiasa tertanya-tanya tentang sebuah negara yang dikatakan mirip dengan Indonesia, terletak di semenanjung Thailand dan di atas Singapura, tetapi tiadalah dikenali namanya : "Di negaramu itu, apa ada beda semacam "tu" dan "vous" ini?" [eh, kok ngomong indonesia ni buk? Hehe] tapi itulah soalan yang sering ditanya. Mungkin sudah kurang sekarang kerana kami tidak lagi berada di pusat persediaan bahasa kami. Ya, kami sudah di tahun dua ijazah di universiti. Mohon doanya, ya ibuk-ibuk :)

Dah pun aku sebutkan KGD yang wujud dalam bahasa melayu : Saya/aku, awak/engkau, beliau/dia, kami/kita, kalian/"korang" dan mereka/"diorang". Yang ingin aku bahaskan adalah yang pertama, "saya" dan "aku". Bagi aku, ada tiga pendapat [a.k.a tanggapan/fahaman] :
  1. "saya" adalah versi sopan kepada "aku" - "aku" dianggap kasar dan tidak sopan
  2. "saya" adalah lebih formal daripada "aku" - "saya" digunakan secara meluas dalam perkara-perkara rasmi.
  3. "saya" dan "aku" tidaklah begitu berbeza pada dasarnya, bergantung kepada konteks kita menggunakannya.

Aku lebih tertarik dengan kenyataan terakhir. Dan kerana itu jugalah tajuk entry kali ini sebegitu rupa. Mungkin juga, minat aku ini kerana susur-galur aku yang kuat menarik aku ke negara seberang, Indonesia. Berketurunan jawa di kedua-dua belah ibubapa, membuatkan aku tak janggal langsung menggunakan "aku". Namun, saat aku menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah, kejutan itu sampai kepada aku. Ramai yang membahasakan diri mereka dengan nama mereka sendiri, tak kurang yang membahasakan diri mereka dengan "kita"/"saya". Janggal sekali pada pandangan seorang Farah-Awan yang berusia 13 tahun saat itu. Transisi kehidupan kampung ke sebuah kehidupan penuh pancaroba (haha lol melampau).

Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat darah jawanya, "aku" itu selalu digunakan walaupun ketika berbicara dengan orang tua. Kerana dalam kamus kami, "aku"="saya". Nak lagi jawa, kami guna "nyong". Cumanya mungin kerana aku ini dilahirkan dalam generasi yang terkehadapan, tak tergamak rasanya aku untuk bercakap dengan ibu aku menggunakan "aku". Perkara pokok di sini adalah penggunaan "aku" tak melambangkan suatu kebiadapan.

Di Indonesia, "aku" itu juga bukan sesuatu yang asing. Kita tak boleh nak melabel yang Malaysia lebih maju fikirannya berbanding mereka, vice versa. Suatu perkara emas yang aku rasa menarik sepanjang aku belajar bahasa adalah : kita tak boleh membandingkan civilisasi dan kemodenan negara lain dengan negara kita. Titik mula dan peristiwa-peristiwa yang berlaku tidak sama. Namun, bukan bererti kita tak perlu melihat sejarah negara lain untuk diambil iktibar atau sebagai garis pandu untuk menuju negara rahmah (ecehhh).

Konklusi aku bercerita tentang KGD ini apa?
Kita tak boleh melihat dunia dari satu sisi sahaja. Mungkin bagi kita, Malaysia ni adalah titik tengah dunia (rujuk konsep ego-centric). Tapi bagi negara lain, merekalah titik tengah. Habis tu, siapa sebenarnya titik tengah? Skema jawapan SPM : Greenwich :D

Nampak macam ringkas dan mudah kesimpulan aku. Tidak. Langsung tidak. Kerana aku sendiri, tak nampak sisi lain dunia sehinggalah aku keluar dari titik tengah aku, Malaysia. Juga tidak. Aku tak bermaksud kalian perlu meninggalkan Malaysia untuk melihat dunia as a whole. Cuma mahu mengatakan, tidak mudah semua ini. Namun, usaha tunjang kejayaan, amirite?


Ciao!

nurfarahhazwaniawaluddin
28012016 21:17
Rumah Fasya, Lyon

Comments

  1. oohhh kat rumah kak fasya rupa nya !!! jangan tertinggal casque,mp4, dan tudung pulak nanti..huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts