happy ending

happy ending...
pengakhiran yang gumbira
husnul khatimah?

versi fairy tale,
"and they live happily ever after"
selalu menjadi catchphrase penutup cerita

versi drama korea,
reunion if two person in love
got parents' blessing
marriage proposal
ending tergantung a.k.a open ending
hero atau heroin mati

versi orang join liqa atau usrah,
masing-masing pakat jawab syurga
betul dah tu, tapiii *sarkastik*

for a long run goal,
yes of course kita mengejar syurga
no doubt *noktah*

and suddenly I got this thought
ending bukan hanya bila cerita habis
bukan hanya bila nafas dah terputus
bukan bila malaikat maut datang mengundang
bukan juga bila kita dah jumpa our Mr. so-called Right

sesetengah bercita-cita untuk dapatkan
a prince charming in white tuxedo, riding a black horse
maka bila dia dapat insan sebegitu,
itulah ending dia, happy ending katanya

ada orang lain pula,
dapat degree with flying colours,
dapat pulak kerja dekat syarikat besar,
kahwin dengan anak jutawan,
mungkin itulah happy ending buat dia

yang lain,
bila  failed study or tak lepas markah minimum,
tunggu posting tak dapat-dapat,
jodoh asyik sesat takjumpa jalan je,
dia menganggap hidupnya telah tamat (read : doomed).
tak dapat happy, cuma ending.

definisi aku tentang happy ending?
every single thing.
semua tentang kehidupan.

failed study, tak dapat kerja, jodoh lambat sampai
or dapat semua apa yang kita nak
sepatutnya semua ni adalah happy ending kita

bila masanya aku nak score SPM 11A+
tapi aku cuma dapat 9A dan tak semuanya ada + pun
itulah sepatutnya happy ending aku untuk 5 tahun persekolahan itu

bila aku sungguh-sungguh taknak PLKN
dan alhamdulillah *with capital letter and a big relief* tak dapat
itu juga happy ending aku dalam debaran PLKN

bila aku beria-ia nak sambung study in medic
dapat offer ke Mesir tapi terpaksa ditolak
dan terima pula tawaran untuk jadi cikgu
patutnya aku semat dalam-dalam dalam hati aku
yang ini adalah happy ending aku
dalam ketidakpastian tentang cabang ilmu mana
yang patut aku pilih untuk degree aku

dan sepatutnya bila aku sedar semua ini
aku menjadi gembira atas jalan aturan Ilahi ni

ditegur dan di-brainwash kepada aku yang sekarang
definitely, ini merupakan pengakhiran yang gembira
buat zaman penuh jahiliyah aku
(bukan bererti dah takde jahiliyah dalam diri ye)

Happy ending bukanlah bila kita dapat apa yang kita mahu
tapi apabila kita gembira dengan apa yang ditentukan untuk kita
be it a sad turn of event or a happy one
that is our happy ending

nurfarahhazwaniawaluddin
12042016 23:12
mencari definisi gembira

Comments

Popular Posts