dinilai manusia

assalamualaikum
I'm back with a better self (I hope so)
alhamdulillah anyway
and I realize that letters suit me better

***************************

hari ini menyaksikan
aku berada di Mahsyar sebelum kiamat
betapa aku malu dinilai manusia sebegitu rupa

pulang dari 'situ',
aku terfikir-fikir apa yang baru terjadi

Ya ! aku baru sahaja dinilai oleh manusia

kerana penilaian itu,
aku nyaris dilambatkan langkahnya
untuk selangkah lebih dekat dengan Tuhanku

Ya ! aku baru sahaja dinilai oleh manusia

itu baru manusia
belum lagi Tuhan yang Maha Esa
bagaimana kalau kerana cacat-cela aku di dunia
langkahku ke Syurga dilambatkan oleh-Nya?

salahkah manusia menilai aku?
Tidak ! Bahkan aku menghargai mereka.
Walau malu yang membaluti tubuh,
takkan hilang barang seminggu dua.

Ya ! aku baru sahaja dinilai oleh manusia

Apa salahnya kita menerima teguran dunia
yang bakal membawa kita sehasta lebih dekat ke Syurga
dari menerima teriakan neraka kerana dosa nista?

kerana rahmat Allah itu 100 bahagian banyaknya*
dan 1 bahagian yang diturunkan ke bumi banyaknya tak terkira
manusia itu masih terus menegurku
mata-mata itu terus menjagaku
agar aku masih berada di bawah lindungan kasih-Nya

kerana kasih mereka,
aku masih di sini terus melangkah
setapak demi setapak
mencari insan dipanggil Hazwani.

maka dengan titisan air mata
gembira, syukur, malu
aku melaungkan :
Ya ! aku baru sahaja dinilai oleh manusia !

Seharusnya aku takut,
jika manusia pun bisa menilai aku sebegitu,
Allah nanti bagaimana?

*source : buku Al-Adab, Bab 9.

nurfarahhazwaniawaluddin
05052016 23:43
hamba yang tersedu hiba
menilik dosa yang mendebu diri
takut akan murka sang Ilahi

Comments

Popular Posts