Pengembaraan Janji Sang Pencipta
Kerana alam-Nya itu indah,
Aku memerhatikan langit. Langit yang mungkin pada yang lain, cuma sekadar langit.
Mendongaklah melihat langit.
Kerana pada keindahannya, membuatkan kita sentiasa kembali mengingat Penciptanya.
Malah, kadangkala menjadi lebih dekat padanya meskipun Dia ada di mana-mana.
Bhosphorus: antara dia dan Marmara, dia dan Laut Hitam.
Hujah aku masih sama.
Alam dan Penciptanya, takmungkin dapat dipisahkan.
Ibarat irama dan lagu, kata P Ramlee.
Langit turunnya hujan.
Laut datangnya makanan.
Dua-dua nikmat Allah.
Dua-dua ciptaan Allah.
Anytime boleh ditarik oleh Allah.
Tak takutkah kita kalau suatu hari nanti,
langit runtuh, laut bergelora?
Sungguh, manusia ini banyaknya tidak sedar bahawa nikmat-Nya tidak terperi.
Sudah ditarik, menangis merayu mengeluh, tiadalah guna :'(
“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)
Ketenangan yang takdapat diungkap.
Keberadaan Allah yang terasa lebih dekat.
Moga-moga aku takterus tersungkur dalam jahilnya aku.
Khilaf berkata lumrah manusia biasa,
Menegur daku sungguhlah menuai jasa,
Moga dapat diperbaiki lain hari lain masa.
Kerana ciptaan-Nya itu indah,
Kerana segala milik-Nya itu indah,
Kerana Sang Pemilik itu sendiri Maha Indah.
Istanbul, tanah yang dijanjikan Allah kepadanya, al-Fateh.
![]() |
| "...Konstantinopel akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera." Hadis riwayat Ahmad |
Telah tertunai janji Allah kepada Konstantinopel pada 1453.
Maka, masih ragukah kita pada hari kiamat-Nya, sorga-Nya, neraka-Nya ?
Tidakkah kita mahu mengambil pengajaran darinya?
Janji Allah itu pasti,
dan aku pasti dengan janji-Nya.
Langit Istanbul, Langit buat pemikir.
![]() |
| Langit senja Istanbul |
Mendongaklah melihat langit.
Kerana pada keindahannya, membuatkan kita sentiasa kembali mengingat Penciptanya.
Malah, kadangkala menjadi lebih dekat padanya meskipun Dia ada di mana-mana.
Bhosphorus: antara dia dan Marmara, dia dan Laut Hitam.
![]() |
| Selat Bosphorus |
Alam dan Penciptanya, takmungkin dapat dipisahkan.
Ibarat irama dan lagu, kata P Ramlee.
Langit turunnya hujan.
Laut datangnya makanan.
Dua-dua nikmat Allah.
Dua-dua ciptaan Allah.
Anytime boleh ditarik oleh Allah.
Tak takutkah kita kalau suatu hari nanti,
langit runtuh, laut bergelora?
Sungguh, manusia ini banyaknya tidak sedar bahawa nikmat-Nya tidak terperi.
Sudah ditarik, menangis merayu mengeluh, tiadalah guna :'(
“Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan segala sesuatu di muka bumi dalam keadaan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka.” (Quran, Ali-Imran, 3:191)
Ketenangan yang takdapat diungkap.
Keberadaan Allah yang terasa lebih dekat.
Moga-moga aku takterus tersungkur dalam jahilnya aku.
Alangkah rugi, rugi dan ruginya jika duit dan tenaga yg dikeluarkan utk jalan2 tak menambah rasa kehambaan padaNya -quoted from kak emelia hanisTiadalah kalamku ini benar sentiasa,
Khilaf berkata lumrah manusia biasa,
Menegur daku sungguhlah menuai jasa,
Moga dapat diperbaiki lain hari lain masa.
Hamba Allah yang menginginkan sorga
Besancon, France
02112013 23:45
may Allah bless




hugs and kisses from grenoble.
ReplyDeletemari sama² menggapai syorga Allah.
ayunkan langkah, usaha jangan mengira erti noktah.
lebarkan sayapmu.
Syurga dan pahala tersenyum menanti untukmu.
=)
ahh puitis sungguh.though xpergi skli,alhmdullilah happy dengn n jeles dengan ape korang dapat.Moga suntikan jaulah ini berkekalan n smoga trus thabat d jalan ini *hugs*hugs*hugs*
ReplyDelete