[teaser] part ii : sekadar itu
this is a continuity from [teaser]
----------------------------------------------------------------------------------------------
Aku duduk di bangku yang sama, merenung perkarangan masjid yang sama, cumanya keadaan yang berbeza. Segalanya bagaikan baru sahaja berlaku. Terlalu jelas.
"We should put an end to this if we refuse to change", perlahan Raisya menuturkan kata. Kelihatan dia tenang, tapi apakah si dia tahu akan peritnya rasa?
"Change what? Apa yang I buat selama tak cukup bagus untuk you?", bentak si dia meluah rasa tak puas hati. Manakan tidak terkejut. Tiada angin tiada ribut, terus persoalan untuk memutuskan hubungan terkeluar dari bibir insan tersayang.
"It will be better if we have a halal relationship. Kurang dosa." Raisya meluah perlahan setiap patah kata, cuba menutupi hati yang sayu.
"Bajet ustazah lah you. Okay if that what you want. Kita putus!", kata si dia cold-heartedly. Tak sampai sesaat, dia memutuskan talian. Semenjak hari itu, tiada lagi khabar darinya.
Tudung aku ditiup angin sepoi petang. Aku masih setia kembali ke sini, kerana terlalu banyak cebisan memori yang sengaja aku tinggalkan di sini dan tak dibawa keluar.
Bagi aku, once we decide to leave something, we should try our best. Walaupun ada masanya aku menyesal, mengeluh like kenapalah-dulu-aku-ni-naif-sangat.
Dalam usaha untuk meninggalkannya ('nya' di sini aku letakkan pada definisi kalian untuk merujuknya sebagai apa), aku megaku yang aku masih simpan banyak kenangan dan kadangkala rasa seperti ingin kembali mengutip dan menyambung kenangan yang aku tinggal.
Tapi itu akan menjadikan usaha aku selama beberapa tahun ni sia-sia bukan?
"Raisya!" aku menoleh ke arah datangnya suara itu.
"Eh, Nilam! Tak bagi tahu pun nak datang sini jugak?"
"Aha. I saw your tweet semalam, saja nak buat surprise", Nilam memelukku seperti hari-hari lalu. Rindunya aku.
"How's life?", soalan yang selalu ditanya semasa aku jauh di bumi orang aku kembalikan pada dia. Aku ketawa perlahan. Glad to meet her again, here.
"Nothing's new. Kau mesti dapat report dari mak naqibah aku kan regularly? Buat-buat tanya pulak", Nilam menepuk bahu aku perlahan. Aku hanya tersenyum.
'Kita janji nak masuk syurga sama-sama, kan?', hanya hati yang berbicara. Kerana kalau bibir yang berbicara, it's too cheesy ~
"Love to see you like this. Bagi kekuatan kat aku", kata-kata Nilam terhenti di situ. Mataku dan matanya sama bergenang. Tangan yang bertaut semakin kuat genggamannya.
**THE END**
Cerita di tengah-tengah ni, mungkin aku akan benam selamanya ke bumi. Ke mantel bumi, jika boleh.
It was hard for me, at for some reason, it's still hard for me.
To leave something that is bad or sinful, like for-ever, might not be the easiest thing in the world to do, but there's always rewards from Him that will never make you regret or in loss.
To someone I keep dearly in my heart, to someone that I promise to enter Jannah together, I'll keep my promise and try to be better each day :D I want to be somebody that give you strength.
p/s : this is half fiction and half non-fiction. Copyright reserved, aci tak? haha
nurfarahhazwani
29112014 00:29
masih di teratak yang sama

Comments
Post a Comment