ukhuwwah : do we actually love each other?

Assalamualaikum
so long tak menulis kan?
idak lerr busy nya.
cuma idea yg tumpul,
malas pula nak mengasahnya.
don't try this at home, eh :D

dapat nak tulis idea ni time belek2 insta time kelas tadi (ni pun bukan untuk ditiru). rasa macam sayang. kita ada bermacam-macam social networks
yang menghubungkan kita dengan hundreds bahkan thousands people at one time, tapi berapa ramai yang kita benar2 keep in touch? bertanya khabar from day to day or at least once a month?

terfikir jugak... org yang dahulunya se-dorm, se-rumah sukan, se-kelas, se-sekolah, se-universiti etc, ke mana menghilangnya mereka? yang dahulu rapat bagai belangkas, bertepuk bertampar, bergelak tawa bersama-sama? atas landasan ape hubungan yang terbina dahulu?

circumstances atau cinta?  (of kos cinta lillah ta'ala)

tidakkah pelik? apabila dikomen, tak berbalas. dimesej, tak berbalas juga. ape puncanya ye? apakah kita rasa, kita hanya perlu sesetengah dan meninggal sesetengah hanya kerana tak se-'class' se-kufu? hanya kerana kita belajar di satu-satu ceruk dunia, kita harus melupakan setengah yang belajar di balik dunia? educational level kah yang menjadi pengukur?

tak dinafikan masih ada yang keep in touch dgn sahabat2 yang lain. masih mengekalkan persahabatan yang terbina sekian lama. just kadang-kadang terfikir, why we weren't what we used to be? rasa sayang.

personally, (haa, ni kak bedah mai nak bagi tipssss) perlu sangat2 setiap kali kita berjumpa orang baru, set-kan niat awal2, "ohh, ni jiran aku kat syurga nanti." insyaa Allah persahabatan yg terbina tu nanti terjaga ke akhirnya sebab niat dari awal kerana Allah dah. bukan dah rasa ngam baru nak set niat. takde lah nanti kalau tak ngam, tolak tepi. kesian sahabat tu.

the other thing yang baru belajar is, dalam persahabatan ni, kalau takde persefahaman dan bertolak-ansur, kejap jelah hancur lingkup. berlapang dada is the main point!

wallahualam.
i might be wrong, so don't hesitate to tell me :D
jay.zack.kay.kay


21:01 03112014
mana-mana pun masih bumi-Nya
kejar mardhatillah jom?





Comments

Popular Posts