retak tak menanti belah

*tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah mati*

" Jom lepak minum coffee dengan aku "

mesej pendek itu menyapa mata tatkala aku sibuk menyelak buku
masih banyak homework yang perlu diselesai
credit
masa pula, hmm tak kena waktu ajak ni
macam bazir je nak keluar duit
kena saving nak travel nanti

" sorry aku takleh la "

mesej pendek itu aku balas juga pendek
berfikir juga pendek


*     *     *     *     *

" aku rasa takde sape faham aku"
credit

mesej dari si polanah tu sampai lagi
bila sahajalah minah ni nak sedar
hmm
dia yang taknak open up dengan orang
asyik cakap orang taknak faham dia je
dia pun takde usaha nak faham orang
give and take laa kan, bro?

" kau kenalah faham orang lain dulu. takleh nak expect diorang paham kau dulu. "

maka itu yang aku kata
sebab aku rasa aku dah cuba paham si polanah ni
tapi apa yang aku tengok, dia ni yang taknak paham orang
aku cakap camni je laa
aku pun takpenah ada kat tempat dia
so cakap camni, cukuplah kan?

*     *     *     *     *

" friend is somebody that interprets the looks, understands the silence, forgives, shares emotions, keeps secrets, prevents falls, and dries tears "

panjang pulak mesej si fulanah ni
credit
hmm
ape lagi aku nak balas ni

" aku rasa kita kurang memaafkan laa "

dia nak cakap ada lobang kot dalam persahabatan kitorang ni
haaa, aku dah jumpa dah lobang ape yang dia nak cakap
memang kitorang ni kurang memaafkan satu sama lain
pendam pastu jadi grudge
pastu backfire senyap-senyap
cakap je lah

*     *     *     *     *

aku masih belajar, belajar mengenal fi'il manusia
yang tercatat berbeza-beza
dan bukan hanya aku yang terfikir sebegini
mungkin aku si polanah, minah, si fulanah tu
tapi aku juga mungkin di antara yang menjadi pembalas mesej kurang berguna itu

sebab boleh jadi, yang si polanah-minah-fulanah maksudkan,
langsung tak sama dengan yang kita tebak

sebab boleh jadi, ape yang si pembalas mahu katakan,
adalah yang terbaik yang dia boleh katakan,
adalah yang ikhlas lahir dari hati dia

berkawan biar ikhlas
kononnya

sejauh mana kita make effort untuk perbaiki hubungan
itu yang harus dilihat ditimbal-balik

quote yang diberi,
bukanlah untuk kita mencari di mana cacatnya hubungan kita
tetapi aku memberi satu resolusi
agar kita sama-sama perbaiki diri
untuk menggapai ciri-ciri itu
untuk menjadi kawan-sahabat-teman yang;
- mampu menterjemah pandangan mata
- memahami diam seribu bahasa
- terus memaafkan
- mapan menjaga rahsia
- bisa menyapu-kering air mata
 -sanggup menahan rebah-jatuhnya
- yang pabila dicubit, dia pun terasa sakitnya

kerana aku masih belajar,
dan masih tak punya kesempurnaan
dan takkan punya sampai kapan pun
maafkanlah aku
maafkan aku atas kurang-cacat-sumbingnya aku
dalam berkasih lillah denganmu

nurfarahhazwani
lundi Paques
06042015 01:55
still here, but not forever





Comments

Popular Posts