Al-Muntalaq : Mukadimah

Selalu dengar ungkapan 'Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak'?
Atau 'Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak-balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak'?
Masing-masing diungkap oleh Mu'az bin Jabal dan Ibnu Rawaahah.

Bagaimana ucapan sebegini terlahir?
Mereka berbicara sedemikian setelah menyedari,
Setiap manusia, lebih-lebih lagi yang beriman,
Terdedah kepada dua jenis tarikan.

Tarikan yang pertama :
Tarikan iman, niat dan himmah, kesedaran terhadap tanggungjawab.
Tanggungjawab apa yang dimaksudkan di sini?
Khalifah dan hamba.
Penyambung warisan dakwah Nabi.
Menyebarkan Islam di muka bumi.

Maka, apakah itu tarikan kedua?
Tiada yang lain, ianya adalah tarikan syaitan.
Menampakkan cantik kelalaian.
Memperlihatkan indahnya dunia.
Terus, kita jatuh hati pada keduanya.

Kerana hati yang mudah berbolak-balik tadi,
kita pun going back and forth antara dua tarikan ini.
Bukan kerana kita ini ingkar,
tetapi sudah sunnatullah-Nya begitu
dan ia takkan terhenti pada kali yang pertama.

Itulah perlunya kita menghadiri majlis membangkitkan iman.
Perlunya teman-teman yang punya arah sama.
Sentiasa merenung semalam untuk hari ini
dan hari ini untuk esok dan kehadapan.
Kerana takkan pernah gagal dan terlepas,
diri marhaen ini dari kembali ke jahiliyyahnya.

Lalu, persoalan mengejar kemenangan Islam itu bagaimana?
Untuk meletakkan titik pada masalah dunia Islam hari ini,
Mencukupi sahaja sebenarnya bilangan ummat Islam yang ada pada hari ini.
Bahkan mungkin lebih daripada cukup.
Kebutuhan kita bukan pada kuantiti, tetapi kualiti.

Yang tinggal, yang menjadi tugas kita para du'at adalah,
Menyedarkan mereka yang sudah pun berpegang dengan tali Islam,
dan memperkenalkan mereka kepada jalan amal dan dakwah.
Bilangan sudah bukan menjadi persoalan, kemudiannya apa?

Perlunya mereka ini, mungkin kita sebenarnya tergolong juga,
untuk kenal erti tajarrud : serah diri secara total untuk Islam,
merasai kecil dan hinanya dunia, tempat kita 'bekerja',
menjauhkan diri daripada fitnah-fitnah dan maksiat,
sabar menghadapi sebarang ujian dan tentangan,
dan menjadi sebahagian daripada kita yang menggelar
diri kita sebagai du'at.

nurfarahhazwani
05032016 23:32
menulis kerana kerapnya lalai ketika majlis
lalu ini effort aku untuk catch-up on things
moga bermanfaat untuk orang lain juga
don't hesitate to drop any question or comment
I'll be glad.

Comments

Popular Posts